Libre Camera adalah sebuah apl kamera percuma dan sumber terbuka untuk mengambil gambar dan merekod video ditulis dalam Flutter dan Dart.

Jika anda memerlukan apl kamera sumber terbuka dengan beberapa ciri, aplikasi ini adalah untuk anda. Daripada lampu suluh, fokus dan kawalan pendedahan kepada menukar tema, bahasa dan jumlah pemampatan – aplikasi ini memang untuk anda. Dan jika tidak, rasa bebas untuk buka isu di<a href="https://github.com/iakdis/librecamera">GitHub</a> dan meminta ciri. Di bawah anda boleh lihat senarai ciri-ciri, dengan lebih banyak akan datang pada masa akan datang!

<b>Ciri-ciri</b>
    * Ambil gambar dan rekod video dengan kamera hadapan dan belakang anda
    * Privasi: Tiada Metadata EXIF disimpan secara lalai apabila mengambil gambar (boleh dibenarkan secara pilihan dalam tetapan) – tanpa iklan, penjejakan, atau kebenaran yang tidak perlu
    * Tema: Material Design dengan tema gelap,cahaya atau sistem
    * Berbilang bahasa disokong – Menyumbang dengan menterjemah bahasa anda!
    * Zum: Guna 2 jari atau peluncur pilihan
    * Pemasa/Kelewatan: Pilih pemasa tangkap gambar untuk bersedia untuk gambar anda
    * Mod-mod lampu suluh: Terpasang ketika tangkap, Padam, Auto, Sentiasa terpasang
    * Fokus: Auto, terkunci dan manual dengan menyentuh skrin
    * Pendedahan: Auto, terkunci and manual dengan peluncur pilihan
    * Pemampatan gambar: Tetapkan jumlah pemampatan dalam tetapan
    * Format: Tukar antara 3 format kamera (JPEG, PNG, WebP)
    * Resolusi: Tukar antara resolusi kamera berbeza
    * Simpan lokasi: Pilih lokasi simpan pilihan anda
    * Saiz kecil kira-kira 21 MB
    * Terubah suai: Buka tetapan untuk mengubah suai aplikasi mengikut cita rasa anda!

<b>Kenalan</b>
Lihat repositori GitHub, yang merangkumi peta tuju: <a href="https://github.com/iakdis/librecamera">https://github.com/iakdis/librecamera</a> 

Sekiranya anda menemui pepijat atau ada permintaan ciri, jangan ragu untuk failkan isu di GitHub: <a href="https://github.com/iakdis/librecamera/issues">https://github.com/iakdis/librecamera/issues</a>
